Tuesday, December 20, 2011

Darbian's Night




kami SEMESTER AKHIR
















Pada 19 Disember 2011 telah diadakan Darbian's Night yang bertemakan ELEGAN, tapi aku tak elegan pun,xsempat nak cari baju la katakan. Majlis nie dibuat kat Dewan Muadzam Shah ( Dewan MAS). Aku pakai jubah yang mak aku belikan pastu pinjam tudung dengan member aku cik zati. Ikhlas dari hati memang aku TERRRUJA sangat nak p dinner nie sebab sepanjang aku tiga tahun kat DPP SD( SIME DARBY) x pernah wat dinner yang grand macam nie. Actually dinner nie nak celebrate final sem student macam aku nie+++ nak bagi award kat pelajar2 yang aktif gak. Tahniah EN.Zaim ( pengetua SD), anda memang Cool and spOrting btw i sukan suara tuan pengetua yang berkarOK pada malam itu. Hehehehe. Malam tu kami makan nasi lembik... REASON??? sebab nasi tu memang pOwn kan? Huh! ala nasi minyak kata kan,,tapi minyak terrr lebey...loya tengkuk aku! hampehhh,,ehhh lupa nak mention nama orang penting pada malam itu, jutaan terima kasih aku nak ucapkan kat LIYANA AQILAH ( owner kelabu) & ZATI LIYANA... pentingggg sangat kew??? hahaha. Sebab yana la muka aku yang hodoh nie berseri-seri malam tu, zati lak bhgian tatarias tudung aku. Hehehe. UNtunggggg la ada kawan yang serba pandai. hehehehe


Ok kami gerak ke dewan MAS jam 8.00 malam. Memandangkan kami final sem student kami special la ckit. Kami dapat masuk melalui main entrance and ala2 red carpet la masa masuk tu,ade lagu y iringi kami. Hehehe. SWeet. Lepas nyanyi lagu negaraku & lagu UUm, VIP berucap baru kami makan NASI LEMBIK. Lepas tu start la macam 2 program memang best la. Persembahan budak2 foreigner dari negara Somalia & Indonesia pun best gak. Dapat tengok budaya mereka. Ade award untuk Ketua projek, pelajar popular, King and Queen of the night. Malam tu ada tayangan video.Aku rasa macam nak nangis je. Rasa jap je 3 tahun kat UUM dengan macam2 kenangan yang aku dapat. KENANGAN itu akan aku jadikan panduan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Insyallah.,,Yang penting aku naik stage malam tu. Kenapa? waaaa kan dah kata orang penting.Hahahah. oPkos la naik stage amik cenderahati dengan pengetua. Kata tadi sem last kan. hihihi. Malam tu majlis habis kul 12 kot, so sebagai ganjaran buat pelawat blog KAWE, sudi2 la tengok pic yang aku upload ye,,,,,

Friday, December 2, 2011

i'm Back...




salam malam jumaat...chak...hehehe...waaaa...macam2 bau ade kan setelah lebih 6 bulan aku xpulun muka buku blOg ini,,,ok per citer bawu,,,? jeng jeng jeng,,mengumumkan aku sedang menghitung hari. MAU KAWEN ke shima? hahaha, mau kawen tu suku kira,,,ni MENGHITUNG HARI ( tetiba je keluar suara Kriss Dayanti),,alamak,,dush5X..

sori beb,,,sbnar nye aku banyak je citer2 menarik,tapi aku dah banyak lupe la.alahai aku prOmise k,,t kalau dah habis beljar hari2 aku hupdate Okep,,ye la nnt dah xde kerja nye nak buat...wakakakaka,,,

Saturday, July 16, 2011

Pekerja MYDIN

salam semua
sowi2 dah lama kan shima xupdate blog nie...maklum lah albuzy semenjak bergelar pekerja MYDIN. 19/7/2011 maka cukup la sebulan aku bekerja d mYDIn dgn di anugerah kan 2 helai
tshirt, satu kad pekerja 842106 dan sehelai tudng yang berwarna biru yang terrrramatttt la buruk dan menyakitkan hati aku sebab setiap kali orang jumpa aku d'all akan tanya " shima kenapa tudung buruk",,,grrrrrrrrrrrrr....gilerrrr sambil malu aku jawab " entah la, biasa la nie menandakan pekerja y MYDIN sayang kan"...ishhhh....siOt...rasa nak teranjang je korang...saborrrr je la...

logo syarikat y aku kerja sekarang



alhamdulillah so far so good...walaupun kerja kat MYDIN tu penat nak MATI ( sopan bahasa)... tapi pejam celik pejam celik dah nak masuk sebulan,,,persekitaran baru aku jmpa dgn macam2 ragam manusia... kebanyakan yang kerja kat sana mereka low educated...tapi aku bangga dengan mereka...walaupun umur baru 19 dah kahwin,ada yang janda, kaki bodek, pemalas, terlebih rajin pun ada, berbagai ragam lagi kalau nak diceritakan xmuat la satu muka page nie. Tapi aku macam biasa la bleh je ON dgn sape2 pun, tapi korang jgn pandang rendah lak kat bebudak yang kerja HYpermarket market nie xsemua y low educated taw,,,ade y grad u pun ade cuma rezeki kerja d'all xmasuk lagi so d'all kerja la MYdin sementara....bagi yang low educated mereka ada kesedaran untuk ubah nasib diri mereka...bagus...sebab mereka ada cita2...aku rasa orang macam mereka lah yang patut dibantu dan diberi lagi kerja yang lebih sesuai...tetapi ada je staff kat situ yang suka ANYAM KETUMPAT...alahai makcik muka ko pun macam ketupat!!! Ada Aku Kesah a.k.a AAK??? lagi menyampah ade la aku dgn korang y berlagak macam BA**...aku wat hal aku je, xbnyk ckp dgn d'all diam lebih baik n wat je kerja aku... setakat nie hub aku dgn Head of Department (HOD) iaitu kwanie baik la, sama gak dengan supervisor aku EN.Hise...aku suka kacau en.Hise sebab dia senang dibOdek,,,ahhahaah,,,aku dapat ramai gak kawan2 baru nak sebut nama satu persatu terlalu lah panjang,,,ehhehehe

aku kerja MYDIn ikut shift,,,kalau pagi kul 8 am dah masuk keluar kul 5.30,klau aku dapat shift petang kul2 masuk kul 11 malam keluar. Tapi sekarang aku giler OTY. hehehe,,,Kumpul duit nak kawen ( GATALLLL)..ahhahahaha...so bila nak berhenti tu aku tak tahu la lagi sebb tengah wat part time dgn MBSB...hehehehehe

Thursday, June 16, 2011

Adam Harith~~We PrOud Of You~~

Nie budak laki yang paling Notty & paling banyak cakap. Hehehe. Muhammad Adam Harith B. Muzairulaswadi. Anak kepada Puan Salwani & Kapt. Muzairul & abg kepada Ammar a.ka angah n Annas a.k.a Baby ( baby ke nanti kuar sorang lagi) heheh. Kenapa ada citer pasal budak nakal nie ek? Jeng jeng jeng. Today his mama post something in FB.

Kepada muhammad adam harith ... we proud of u coz dapat 2nd/15 Exam tempohari... sesaper yg ada janji ngan ini budak..sila tunaikan yeaa....


yeayyyy!! cikteh ( its me ) pun turut bangga la. Hehehe. Wait...check first..ermmm something wrong here...ngeeee... sesaper yg ada janji ngan ini budak. Ayat nie kan...alamak terasa lak cikteh nie. Hahaha. Hari tu adam cakap kalau dapat no 1 mama & papa nak pasangkan aircond. Kat sini duit mama n papa dah selamat cz adam dapat no 2 je.Tapi cikteh lak yang berfikir. 2 hari lepas adam dah cakap nak suh cikteh belikan handphone baru. Wahhhh Adam Harith nie. Mati akal cikteh dok fikir nak kasi apa. Adam cikteh xkerja mana ada duit ok2 nanti kita p makan KFC ea bawa angah n annas sekali ajak ciksu jugak sebab nanti yang nak bayar nya ciksu. Hahaha.

Apa yang istimewa pasal adam??? Adam dia seorang yang bijak la walau kadang2 dia suka buat adik2 dia. Biasala budak2. Masa dia kecik memang dia cakap x telo (pelat) pun. Kalau mama dia kasi latihan math dia akan buat sampai dia dapat jawapan cuma adam nie satu je. Kalau 7+4 dia x boleh buat sebab kalau kira dengan jari, jawapan nye keluar 10 sebab jari ada 10 dia xleh terima jawapan 11. hahaha. Lawak kan. Walau mama dah terangkan pun adam still xleh faham. Korang jangan terkejut adam walau dia lima tahun tapi kalau surah alquran yang pendek2, he can remember it smoothly and well. Satu lagi adam ni dia pandai memujuk tau, especially when he wants something he would make a sad face!!! Hahaha. Adam pun dah pandai azan. Suka dengar. Mama & papa la yang ajarkan. Bagus kan. Dulu kalau suruh adam buat kerja laju je dia akan buat tapi sekarang sebab dah besar kalau mama yang suruh je dia akan wat kalau orang lain,,,lambat ckit adam nak buat. Kalau main game dalam lappy tekun je dia, kalau latOp dah hang tengOk la dia marah2 kan latOp tu. Angah pun turut sama marah latOp papa. Hehehe. Sekarang dia tahu cikteh sedang cuti kat kampung, mood nak p sekolah kurang ye la nak g jalan2 dengan cikteh, kelmarin pun dah pesan suruh amik dia kat tadika tengahari, dia cakap " abg bosan la cikteh". Adam u r very smart bOy~~

Semoga adam harith akan membesar sebagai budak yang pintar. Hormat orang tua dan menjadi anak yang soleh sepertimana yang didoakan mama & papanya. Sayang allah, sayang mama,sayang papa, sayang angah& baby. Sayang semuanya. Semoga allah memberkati hidup Muhammad adam harith dijauhi segala keburukan & kejahatan. AMin.


Lots Of Love : cikteh Adam

Saturday, June 11, 2011

Khas untuk Nazrul Aini Othman


Setiap Pertemuan ada Perpisahan





Begitulah jugak kisah aku dengan BFF Nazrul Aini Othman a.k. a NAd. (sila rujuk gambar kat atas). Hehehe. Aku kenal dia 2 tahun setengah. Kami masuk sama2 tapi sebab dia budak yang selalu serius dengan study so dia dapat transfer krdit jadi la 2 tahun setengah. Actually sorang lagi BFF aku fairulhidayah jaffar a.k.a yaya tapi dia akan habis sama dengan aku so story sal dia xde la ye. Insyallah akan ada di penghujung tahun nanti.Hehehe I'm Sorry yaya. hehehe.Love You Yaya. Alkisah nya...

Cik nad yang aku sayang ::

Masa mula-mula aku kenal ko first day aku datang UUM. MAk Oihhh ko memang berlagak la! Aku salam ko! ko wat dekkk je. Takpe2 mentang2 la ma n Ayah aku tak datang hantar kan. Ok stOp kat situ. Dalam hati aku,bajet bagus pompuan nie,berlagak la padahal satu poli je. Hahaha. Jangan marah ye nad,just beginning.

Tamat sudah minggu orientasi aku masih xrapat lagi dengan nad. Macam ne kami leh rapat? kelas kO-k. Masa nie aku start kenal yaya sebab dia baik sangat!. Yaya yang kasi ubat maigrain kat aku. T- -T. Masa kelas ko-k dah rapat dengan nad yaya. Maka kat situ lah bermula kisah persahabatan kami.

CIk Nad::

Aku rasa dari segi kita berkawan nasib kita sama je kan. Ko dengan masalah ko dengan masalah aku tapi kita coOl je. (^,^) Ko banyak tolong aku. Tapi ko la yang lebeh tabah aku tengOk ko harungi semua tu sorang2. Sedangkan kawan2 yang rapat dengan ko sanggup buat ko,tapi aku masih lagi bertahan sebab aku bukan ko kerna aku tidak SETABAH ko. Tapi lama-lama aku belajar ketabahan dengan ko. Wahhhh rasa sedih. Kisah aku lagi sedih kan masih bertahan sampai sem 5 pastu kena lagi harungi sampai sem depan. Paling ketara sem lepas kan nad, aku asyik dengan ko je kan nad. Aku terima ko seadanya. Aku terima semua perangai ko walau pu orang lain kutuk ko. Sebab bagi aku kalau kita nak berkawan dengan seseorang kta kena terima diri mereka seadanya kerana diri kita juga tidak sempurna.

cik nad::

Nad ko telah diuji. Masa mula2 ko masuk abang ko yang meninggal. Pastu tahun lepas ayah ko meninggal. Masa ayah ko meninggal ko tefon aku tanya sal bas kemudian ko baru cakap ayah ko dah x ada. Masa tu aku sedih sangat2 sebab x dapat tlg ko cari transport balik segamat secepat mungkin! masa tu rasa diri aku x berguna sebagai kawan. Sampai hari nie perasaan salah tu ada dalam diri aku. Semua salah orang HEA. Tapi aku banyak belajar juga dari peristiwa hari tu. Terima kasih yaya kerana teman kan nad. Kebetulan hari tu aku ada exam. Alhamdulillah semuanya selamat

Cik Nad::

Kita selalu berdua @ bertigakan nad,keluar changlOOn, tengOk muvee,shOping, cuma aku nak mntak maaf la bila ko & yaya kuar skx aku xdapat jOin la terdapat halangan macam yang nak p Jom heboh & Hatyai memang nak p tapi kenapa ye aku xleh p? aku lupa...Lastly dapat gak kuar dengan ko walau pun yaya xde teman ko makan kat kopitiam. Hehehe.. Buat rekod yang ko wish tu,,aku masih simpan, Hehehe. Nanti datang kOnvo aku kasik barang yang ko nak ea.

Cik Nad::

Aku nak ucapkan tenkiu la sebab sudi dengar tangisan la lolongan aku (hahahaha) n tolong aku semasa susah dan terima kasih untuk semua. KO jugak lah titik pertemuan aku dengan annah. Kalau ko tak kenal kan annah kat aku memang aku dah tak kenal dia. BTW dia pun baik macam ko. Sekarang kita dah rapat kan. Hope ur friendship will last. Insyallah.

Cik Nad::


Kenangan kat Langkawi ko jangan lupakan ek. Aku ko Yaya. Hehehe. Ko & yaya buli aku. Hahaha. Aku takut laut. Hehehe. And dont forget the time we seduce the english man!!! big laugh with him! hehehe. tapi itu semua hanya lah untuk bergumbira kan. Nasi Lemak Antarabangsa ko kena ingat juga tau. Ko suka cakap "PAKWE SHIMA" hahhaa. Nanti kita p makan lagi k! Hah! yang paling ko suka Char kue tiaw pakdep CKTPD n Gerai bawah jambatan. huhuhu. Sem depan aku dah tak dapat buat tu semua sebab ko dah tak de! sedih x? sedih kan...hohohohoh. Nanti xdapat tengOk ko kuar tengok muvee pakai baju kurung & masuk karOke BOx! memang lawak la wei. Hahaha.

Cik NAd::

Apa lagi ea aku nak cakap untuk ko?ermmm macam banyak je nak tulis tapi tiba kering idea! hahaha. Nad ko kalau nak sambung master jangan lupa aku k! igat janji kita tu. Tapi syukur alhakdulillah sampai sekarang kita masih berhubung kan walau pun ko dah dok keratong. Hehehe. TQ untuk shawl y ko kasi. Hehehe. Hadiah ko nanti kOnvo ye. Aku bagi ko yang spesel nye ko & annah. Tapi jangan lak tak datang.

CIk Nad:

Kalau ko ada masalah jangan lupa mesej aku taw! aku kan kakak ko tapi yang kuat nangis aku kan,Hahaha,,Insyallah selagi termampu aku tolong k. Ko nak buat apa2 fikir 2 3 kali, Fikir kan mak ko, aku harap ko dapat buat yang terbaik untu diri ko. Jangan lupa yang satu allah swt. Sesungguhnya dia maha besar. jangan sesekali ko abaikanya k. Dapat kerja best jangan lak lupakan aku. Kalu kawen aku tak rasa ko akan kawen dalam masa terdekat sebab ko gila kerja! hahahah! SEKIAN.



Dari hati yang ikhlas:: cik tiang lampu a.k.a Siti maizatul shima Yusoff




sudah lama tidak menekan butang-butang ini

bonjour à mon suiveur

Wah dah lama kan shima x aktif kan jari jemari untuk berkongsi cerita di ruangan y sempit nie. Shima tengok follower pun dah makin ramai, kOmen banyak yang tak terbalas lagi rasanya. Kepada Follower semua thnx u ollz cz sudi follow blog shima walau dah lama tak d update kan. Sayang Korang sangat2.

So pOint shima yang pertama ialah shima dah berjaya meninggalkan semester 5. wah terasa macam cepat je kan masa berlalu dan begitu juga banyak juga lah kenangan & peristiwa pahit dan manis shima sepanjang semester 5. Namun shima berjaya juga harungi nya dengan tabah dan dengan pertolongan dari yang maha esa. Allahuakabar.

Semester 5 shima banyak belajar pasal perangai manusia. Dan dari situ juga lah shima tahu dimana kelemahan diri shima. Rupanya2 banyak yang shima perlu pelajari. Manusia macam-macam perangai. Tapi itulah manusia xpernah sempurna termasuklah diri shima yang hina ini. apa pun dalam kehidupan shima hanya mahukan yang terbaik saja. Nak habiskan exam final, i cry evernight and feel cant wait to step out from sintok and leave all the bitterness. Tetapi itulah yang dinamakan kehidupan. Setiap hari shima berdoa agar dipercepatkan masa. Akhir nya hari yang ditunggu tiba, habis je exam malam tu juga balik kg bersama bonda & ayahanda. Saat melepasi pintu gerbang tetiba je rasa macam terluncut satu beban dari bahu. Harap Sem depan that is my last semester semuanya berjalan dengan lancar. Insyallah. Sekarang shima xsabar nak tunggu result exam je. Hope semuanya OK2 je.

"Kawan-kawan saya sayang kamu"


Sunday, March 20, 2011

NANGIS +++ KENA HENTAM TERUK


salam semua...
tatkala ni aku masih lagi rasa sedih. Last week lec strategic Management(SM) Cik Noraziah suh kami wat financial planning model untuk company y kami pilih, so ahad kami akan dipilih secara random siapa y BERTUAH diulangi BERTUAH saja y kena present. Memg terbaik la kalau tengok words tu kan. Ok pendekkan citer. So semalam aku keletihan sikit terpaksa la balkis & zati yang siapkan slide. Pagi tadi jmpa d'all kat kelas je. Masuk2 cik noraziah tu sebut nama grOup aku.

CN: mana grOup Sealink Incorporated Bhd?
Zati : kami cik
CN: Ok grOup kamu yang kena present pg nie,saya nak SANGAT tengOk group kamu
Shima: sorang lag xdtg sebab demam.
CN: xpe kamu present jugak.. TITIK

Aku zati & balkis sambil berpandangan bukan apa we actually nOt ready yet! we all chills...!kami kuatkan semangat,come out with confidence in ourselves.Hahaha. Nak tergelak jugak kan. aishhhh. Ok kami pun mulakan present.

mission, vission, long term objectives semua citer la....Ok Q&A session is the most terrible part~~maka bermula lah adegan menjawab. Hohoho.

" mana awak nyer external anylisis?apa polisi company sealink, apa strategic,tahun perbandingan, blaaaaa...blaaaaa....blaaaa....

Korang jangan igat kami diam macam tunggul je kat depan tu, Tak OK!!! Kami cuba jugak cover kesilapan kami dengan menjawab soalan CN tu wlau pun maen hentam je. Dalam hati aku cakap' cepat2 la habis Q&A session nie,xsggup aku nak berdiri kat stage nie...seolah kena dihujani peluru,,tummm tummmm tummmm.....

Komen yang sangat BAGUS vice versa...( paham2 la yerp)...suddenly self motivation down... rasa bersalah plak dgn group member...


sebab perangai y tak leh ubah satu je,kalau aku xdapat kepuasan dalam diri dan orang lain,aku x kan marah kat orang lain tapi marah kat diri sendiri. dan persoalan yang selalu timbul ialah ADAKAH AKU BODOH???

Lepas presnt duduk balik kat seat aku,lepas tu leh lak wat2 tgah salin sumthing padahal benda tu ada je dalam note nak cover xkasi nangis dalam kelas sebenarnya,,,kalau x MALU la aku...5 minit dh berlalu rasa cool down,,,Ok CN suh buat yang lebih baik lagi nanti grand presentation bulan 4 nie. INsyallah...sebelum abis kelas aku p jumpa dia cakap nak try wat company laen coz y sealink tu macam susah...korang tahu dia cakap apa

"kenapa??Korang takOOt??"



Hahahah..Cn dah macam bOleh agak yang kami takut. Tapi ADAT belajar kan. REDA.


Friday, March 18, 2011

CPR pleazzzzzzz

salam semua,wah saya kembali setelah beberapa minggu x update. Sowi la tersangat bz almaklum lah final year student kalau dah final semester student cnfirm rambut pun xder. Hahaha. Ok. Nak citer pe plak kali nie? Bantuan pernafasan? kenapa lak kan???

CPR pleazzz sebab sekarang nie rasa macam masa nak enjOy, rehat2 n tengOk muvee, lepak2 kat kedai Char Kue Tiaw pak dep @ warung bawah jambatan dah xder. Yang ada hanyalah masa untuk baca jurnal, repot bank, dengan assingment yang berlambak plak tu naik pening diri AMBo. Tapi aku harungi nye dengan tenang walaupun jiwa dah kacau. Hohoho. Biasa nye la kan kalau time balik kelas petang tu aku akan buat pose yang baik sekali atas katil iaitu acara tidur. Tu dulula sekarang aku wat style baru kat meja study dengan si Lappy.

Memang sem nie aku rasa aku budak yang SKEMA la. If before, right at 12 pm i must sleep but now 2 3 am baru leh tidur. Ok la kan baru orang cakap belajar. Kesannya lak aku akan miss kelas kul 8 pagi. uwwaawwaawawaw. Rekod PONTENG yang cemerlang gemilang dan terbilang. Kalau mak aku tahu MAMPOS aku! tapi aku berusaha nak atasi semua tu aku p tidur kat bilik member, then diorang akan kejutkan aku la. Hehehe. Sekurang2 berusaha untuk berjaya.

Monday, March 7, 2011

Nangis sepuas-puasnya

Entah la 2 3 hari nie aku rasa macam nak nangis je.Kenapa? sebab nyer aku x tahu. Stress ke shima???aku akan gelengkan kepala. kan dah cakap tak tahu.

Sebelum tidur malam aku akan nangis lepas study pun akan nangis. Ada masalah dgn apih ke shima??? kali nie lak aku akan angkat bahu menandakan tidak pasti,tapi rasanya ok kot. Ok! asgment bnyak,exam plak, and so on...

My reaction??Nape nie emosi aku cepat sangat terguris??? sabar shima sabar. Kalau lah menangis itu boleh melegakan hati ko. OK baik aku buat macam tu!

Tahu x apa yang aku nak??? aku nak kuar cepat2 dari UUM nie! ya allah dah xtahan rasanya. Dugaan dtg bertimpa2. Aku kena kuat! aku kena berjaya! anggap semua yang datang ini dugaan! aku rindukan kampung n family!!! sobsobsob

SITI MAIZATUL SHIMA YUSOFF harus KUAT!!!

Wednesday, March 2, 2011

Aku Makwe yang paling teruk ke???


Terbayang2 soalan ini dalam kotak fikiran aku. 07 mac apih punya besday. Aku dah beli kan hadiah untuk dia. Hadiah dari langkawi. hehehe. Tahun ni dia sambut jubli perak sebab dah 25 tahun umur dia. Aku cakap kat dia sori la xdpt nak celebrate sebab aku bz banyak benda nak buat. Dia cakap xpe dia faham walaupun dari nada suara dia aku tahu dia kecewa dengan aku. ::MAAF:: Tetiba aku rasa bersalah lepas kawan2 aku cakap "eh xkan xp kot,kalau aku dah p". Tu kalau korang senang la cakap,bukan xnak p dalam hati nak p sangat2 tapi susah la. Nak kena cari penginapan lagi, pastu kalau aku dah kerja xpe la nie aku pun tengah belajar & tengah belajar saving & kena naik bas pastu macam2 lak aku fikir::kecewa x??? Memang kecewa !!!korang apa tahu. Aku nangis,sepanjang 6 tahun kami kapel kami tak pernah sekali pun sambut hari jadi sama2. Sama ada aku atau dia. Kalau sambut mungkin selepas sebulan 2 paling tidak kami akan kirimkan adiah. Tapi aku sepanjang 6 tahun aku akan buat kad hasil tangan & jari jemari aku. Aku xkan beli . Kami hanya akan jumpa bila masing2 kat kampung. Korang mest akan cakap xpe la kapel sama negeri. Habis kalau kapel sama negeri kalau cuti boleh kuar hari2 la? Korang silap sebab kami bukan macam tu. Apih terlalu jaga hubungan ni. Kami ada kuarga,nak keluar kalau jap2 xpe. Bagi aku semua itu dah cukup,,,aku tahu siapa yang aku cintai. Bukan hadiah mahal yang aku sajikan untuk apih,tapi cara aku hargai orang adalah dengan cara aku sendiri. Begitu juga dengan apih,aku xpernah mntak hadiah mahal2 dari dia. Tak pe la kalau AKU lah makwe yang paling teruk ye aku akui. Tapi teruk kah aku kalau malam hari lahirnya sepanjang 6 tahun kami bersama aku xkan lupa untuk solat hajat supaya apih panjang umur,murah rezeki,menjadi orang beriman dan berjaya & yang aku harap kan hubungan kami hingga ke akhir hayat. Setiap kali aku buat kad besday dia aku akan nangis. Kenapa? sebab siapa yang tak sedih xdapat bersama yang tersayang tapi aku tahu doa aku sentiasa untuk dia. Jangan lah korang menjatuh kan hukuman bagi seseorang jika korang xtahu apa yang seseorang itu rasa. Insyallah hadiah yang istimewa & sambutan yang paling bermakna aku akan aku beri dan laksanakan jika suatu hari aku SAH bergelar ISTERI kepada MOHD HAPIRUDIN B.HUSIM. Masa itu apa lagi korang akan kata???

Saturday, February 26, 2011

Delagation to BNM & PNB

:: shima yang sweet ::



...salam...
Firstly shima nak cakap yang shima sangat teruja bila dapat tahu yang Finance & banking Society ( FABS) UUM ada nak wat delagasi @ lawatan kat Bank Negara Malaysia (BNM) & Permodalan Nasional Berhad ( PNB ). Shima ajak2 la kawan2 BFIB & finance yang lain. Tapi last2 yang p angah je. Nad & Balkis ada hal lain zati lak last2 minute nak p tmpat plak full, sara lak ada kuiz mikro so shima dengan angah je la p. Ok we jump to shima's stories, Ngeeeee excited nak bercerita.

Our journey begins wednesday night.We gathered at the Varsity mall at 10 pm and at about 10:45 pm, we went to kuala lumpur. I slept all the way. We arrived at Sungai Buloh Junction at 5 am. Kami mandi, solat dan tukar baju yang lawa-lawa kat sini pastu semua dah beres kami pun bergerak ke BNM. Jalan tersangat2 jem. OWhhhh K.l. Baik naik motor plak kalau keadaan cam gnie. Kami sampai BNM tersangat lah awal dalam 8.30 am kebetulan pagi tu juga ada delagasi daripada UNITEN Pahang & UITM Melaka. So, kami budak2 UUM kena tggu diorang sejam sebab ceramah khas dari wakil BNM En.yusoff start kul 9.40 am. Layanan yang diberi tersangat bagus sementara menantikan kedatangan 2 lagi jemputan. So sempat lak shima gedix2 dgn angah amik gambar. hehehe. Kalau x silap pegawai yang melayan kami nama en.azam **kalau xcilap la* dia ada cerita sedikit pasal BNM dan kerjaya yang ditawar kan. Macam best kan tp bukan calang2 orang leh kerja sana. INsyallah suatu hari nanti saya dapat menjadi salah seorang staff BNM. Amin. Ok bila UNITEN & UITM sampai sesi perbincangan kami bersama En.Yusoff berjalan dengan lancar sekali, UUM & UITM sangat memberi respon yang positif, tetapi UNITEN tersangat kurang ajar,amat memalukan lah shima rasa. Bayangkan diorang leh menguap dan buat bising semasa en.yusoff bagi ceramah. UNITEN biasa IPTS harap kan pakaian je lebih but very bad attitude. Very embrassing. So selepas 3 jam diskusi kami bersama en.Yusoff setelah semua soalan dan pertanyaan diajukan kami mula faham tentang beberapa perkara dalam BNM serta Investment operation. Sepatutnya kami lunch bersama staff BNM tetapi ada sedikit misunderstanding so terpaksa la kami makan sendiri2. Nak tahu tak kami makan kat mana?

Driver bas tu berhentikan kami kat KLCC. Yang shima xleh imagine ke KLCC dengan baju kurung?hahaha...Ok sekali sekala kalau x mati pun shima xkan keluar pakai baju kurung kecuali kenduri. i was very polite on that day. hehehe. Yup kami makan kat KLCC. Shima makan apa entah dah x igat masa mula2 masuk KFC tapi keluar balik sebab orang tersangat ramai derrr. Untuk secOnd round makan burger King Double lagi derrrrrr. Shima ker? xla orang lain. Hahaha. Masa lawatan ni banyak lak dapat kawan baru macam kushirr dari bangladesh budak pure finance awil lak dari somalia kos kami. Ok la diorang tersangattt baik. Awil pandai cakap melayu. * gambar kat sebelah tu awil namanya*





Lepas solat kami berkumpul balik depan KLCC pakcik bas amik kami ke destinasi seterusnya PNB. Wooowwww tersangat cantik. PN.azrina & En.Nazri tersngat baik. Siap ada makan2 lagi. Diaorng ada cakap pasal penting ASB dan terangkan semua produk, perkhidmatan dan yang paling menarik career kat sana. Insyallah sekali lagi shima berhajat dapat JOIN PNB,,insyallah. Selesai makan2 kami terus balik ke UUM sebab driver bas tu kerek la xnak p mana2 pun...Jam 4 am kami sampai UUM. ~~sweet memories~~




Monday, February 14, 2011

cita-cita saya



Tetiba je hari nie shima terfikir kan sal kerjaya. Myb sebab terfikir kan umur sekali kan. So tertanya juga apa yang shima minat sebenarnya dalam hidup. Kalau waktu muda2 dulu minat giler dengan UnifOrm tapi skunk nak cari kerja yang lembut2 la plak pada masa yang sama atas dorongan apih. Okep tengOk jap kelayakan pe yang shima ada. DIploma Perakaunan & sekarang lak Kewangan dan perbankan islam. Kalau tengOk kelulusan yang shima ade mest orang akan cakap " nanti kerja bank la ye",,,ermmmmm, tapi shima akan jawab xnak! cukup la pengalamn msa praktikal kat AGRO bank dulu. Banyak Boring dowh. Hehehe. Tapi shima ada minat dan cita-cita baru, apa dia??? Shima ader minat baru...heheheh.. shima dah suka kan bidang pendidikan. ahak'sss. cita-cita shima tahun 2011 ialah lepas abis dgree nie nak jadi PENSYARAH. hehehe. Tapi boleh ke???ermmm insyallah harapan tinggi tu. Shima nak sambung master jugak. tapi xpasti nak amik apa lagi. Survey dah dibuat antara yang shima intai2 ialah UIA.UM,UPM & UKM...setakat nie alhamdulillah feedback yang diterima bagus. Tapi shima x bagitahu APIH. Sebab??? ade la. Heheheheh. Hope shima akan capai pe yang shima impikan tue. Insyallah. CIk Shima.

Thursday, February 10, 2011

~~BotOl pOtatO chips melayang~~

wahhh petang nie penat giler sebab hari nie buat makan untuk alOng. Ok balik tido dengan si adam. Kul 5 bangUn then p carwash. My persOna terlalu kOtor. Bawa adam sebagai peneman. My pesona ready to be washed after 30 minutes. Adam plak ajak p petrOnas nak beli air dan cekedis. Ok Auntie yang baik kan just foLLow wat ever he wants. ngeeeeeeeeeeeeee. Mana tahu dapat tittle auntie mithali plak,Hehehe. Masuk Je dalam petrOnas Mart aku senyum dekat cashier tu. Alamak senyuman ku x dibalas orang. Apa la,Ok adam nak air p amik amik air untuk dia,ada lagi ke adam nak beli? Yup adam cakap ader. Dia suh aku tggu kat kaunter dia nak pilih barang . AmbOi adam sakan. Aku lak tengOk barang2 kat kaunter kemudian jatuh hati plak dengan air freshner ( AF) cap apa ntah. Aku amik yang bluberry punyer TESTER. ERmmmm xberapa ngan dengan aku maka aku pun buka la mulut. BUkan nak marah lagi taw,,heheheeh,,,wat suspen lak kan,Heheheh.

Aku : kak nak tanya AF yang hijau & biru nie ade tester dia x?ermmm percubaan sebelum beli.

Cashier: xder semua orang beli *muka dah la masan,kalau ko cantek xpe nie lebih itan dari aku,gemOk lak Tu+++ baru jadi JANDA,,,,adessss*

aku: *senyUm* hah??? orang beli?kak tester bukan untuk dijual dia untuk custOmer try dlu bau sblum beli

Cashier: *muka masam & suara tinggi* mana aku tahu kalau dah xder kat situ makannya xder la...

Aku: *mula berdesing telinga* kak saya cuma tanya sebab ni hak saya sebagai pelanggan,habis macam mana saya nak beli,kalau saya beli bau x sedap macam ner?bOleh return back ke?

cashier: *tengking aku* kalau ko xnak beli xpayah dok tanya banyak la.

AKu: *tetiba je botol potato chips ade kat tangan dan aku Terrrbaling kedepan* aku tanya sebab aku nak beli la jangan ko igat aku pakai selekeh macam nie aku bodoh! kalau ko rasa xnak kerja baek xyah keje ,aku bukan suh ko buat kerja angkat barag ke apa ke,,,,

Cashier: blaaaaaa,,,blaaaa,,,blaaaa *versi membebel org xbetul jln*

hah macam tue la citer.barang2 yang aku beli dia xnak kira sehingga lah ader cashier laen yang datang kire. Adessss aku habis sabar dengan orang macam nie. Sampai umah aku citer dekat ma & ayah. Ma geleng kepala. ma cakap aku panas baran dan ayah boleh gelak dekat aku. apa la ayah nie,,,,

Monday, February 7, 2011

Hati Seorang Perempuan

Mungkin pada tatkala ini Hawa itu boleh memanjatkan syukur pada yang esa kerna dikurniakan Adam yang berjaya mengubah hidupnya. Namun Adam itu bukan lah suaminya. Tiada lagi ikatan yang sah dimetrai antara mereka berdua. Adam seorang lelaki yang cukup sempurna namun Hawa belum lagi merasakan mereka patut menjadi psangan yang sah disisi agama. Perasaan hawa sekaligus makin bingung. Sayang kah Hawa kepada Adam???cintakah Hawa pada Adam? yang mana satu lebih penting dalam diri hawa??cita-cita atau cinta? Jauh di sudut hati hawa jelas ternampak kekeliruan yang tersorok jauh di hati kecik nya itu. Tatkala malam air mata membasahi pipi? Wahai Hawa mengapa engkau menangis?

Mengertilah.............................................

Surat untuk Adam:

" Adam aku amat menyintai diri mu sepenuh jiwa raga ku,namun aku tidak mahu hidup dalam kesusahan,aku ingin buktikan kepada mereka2 yang pernah mengherdik diri aku dan diri mu yang Kita bisa mengecapi bahagia,tapi pernah kah kau mengerti apa yang aku buat selama ini adalah untuk kita berdua bukan hanya untuk DIRI AKU sahaja. Hawa sayang Adam!!! Tapi Adam selalu marah hawa. adam kata yang hawa tidak cinta dan sayang adam!!! semuanya tidak benar!!! tidak!!! HAwa sayang dan cintakan adam, tetapi cita-cita yang satu itu...adam jangan tinggal kan hawa...Hawa Boleh jadi gila..."

Dari surat untuk adam mungkin kamu semua boleh meneka knpa hawa menangis. Ya!!! tepat sekali...Hawa tidak mahu kehilangan adam namun dia mempunyai cita-cita yang besar bukan untuk dirinya sahaja namun untuk adam jua.

Tatkala diri hawa dalam kekeliruan,ada pihak ketiga yang datang,masyallah, Hawa engkau harus kuat! jangan terpengaruh dengan janji2 manis si idris. Kenapa baru sekarang idris membuka hatinya kepada kamu??kenapa alasan yang di berinya kamu terima bulat2?Hawa berfikir sejenak,mengeluarkan air mata,alangkah sedihnya adam kalau tahu semua benda ini,hawa harus berterus terang. Marah nya adam hanya sekejap sahaja. Lupakan idris! jangan dilayan lelaki itu.

Hawa & Adam sekarang masih lagi bahagia namun hanya hawa yang bermain dengan perasaan dirinya,hawa takut jika dikejar nya cita2 yang satu itu,dia akan kehilangan adam untuk selama2 nya dan tidak mungkin akan dapat lelaki yang sebaik adam,namun,,,adakah persaan ini ada kerna hawa tidak pernah membuka kan hati nya untuk lelaki lain? munkin,,,,masih adakah lagi lelaki sebaik adam?Hawa harus ingat :-

"susah senang hidup hawa selama 6 tahun ini hawa bnyak berkongsi dengan adam,sanggupkah hawa tinggalkan adam bila hawa dah senang tatkala itu adam tidak snggup menunggu?"




Hasil: idea diri sendiri,,tiada kaitan dengan siapa2,Hak ORi~~

Saturday, January 29, 2011

Berubahnya aku kerana Apih

p/s :: ini bukan gambar apih shima ye,nama budak nie apih jugak tapi apih laen::xcdentally::


sebelum shima mengatur langkah potpet dengan lebih laju baik shima gtaw awal2 macam mana life dulu kan,Hehehe. shima dulu Boleh la kot dikategorikan sebagai TOMBOY. ye ke???

Masa sekolah dulu shima banyak terlibat dengan xtvt berunifOrm. Kadet Polis. shima memang aktif tahap giler la join pertandingan kawad kaki sana sini,pergi camping sampai peringkat negeri. Wahhh dan yang paling bangga shima dapat masuk kawad kaki individu peringkat negeri bukan senang tau! Kebetulan shima dengan apih xsama sekolah tapi dia pun jOin kadet jugak tapi anggota biasa je. shima dapat rasa semua pangkat koperal,sarjan,SM & SI. * Bukan nak menyOhor ye*.hehehe. Sampai mak shima pun geleng kepala. Masa nie shima dah kenal apih tapi xbegitu dekat la. Hehehehe. Memang shima xpadan la dgn dia masa tu. Ye la BUDAK KAMPUNG. hahaha. *Lupa diri lak shima nie pun budak kg gak,mest apih marah giler lau dengar ayat nie,sebab dia paling xsuka*

Lepas SPM shima masih lagi follow kadet polis skul saje2 je kan hobi walaupun dimarahi oleh emak beberapa kali shima masa tu tengah darah muda ma cakap apa lawan je. SHima shima,alahai. Ok Hari tu ada pertandingan kat SMK Dato perdana. So shima pergi dan apih pun pergi jugak. Peewiiiitttt shima,,,ooooo shima. Shima wat bodoh je. " sape lak budak lagi yang bodoh dok panggil nama aku tu?". memang xlayan la. APih cakap masa tue dia menyampah giler kat shima,dia cyap cakap " kalau muka cantek xpe nie aku panggil pun sombong,bengOng je pompuan", OOOO hubby ckp yunk macam tu yerp! tengOk sekarang kapel dengan sapa. HAHaha.

Namun cerita itu tidak lah berakhir di situ. Pada suatu malam ade banyak m.kol naik kat fon aku! aku yang masa tu tgah brutal lagi menyumpah2 la dekat orang yang kol tu " wei sapo la budok gong hak dok kaca aku nie,doh la aku nok tido xleh,baso bengOng" . sok aku kol cakap jangan kacau aku lagi. Nak tahu x siapa?Hehehe. Haruslah APIH saya. Ok dia minta maaf katanya kawan dia yang guna fon dia dok m.kol2. Ok aku terima maaf dia. Aku dan dia pun berkawan la. Tapi masa tu panggil "AKU' & "MUNG".Heheh.. FIRST STEP. Dalam kami dok kawan tue ade la jugak beberapa kali dia datang umah aku dengan kawan2 dia naik motor DAC??? lupa lak. Hehehe.

Achik shima nak khwin. Shima jemput apih. Tapi apih x dtg cz merajuk dengan shima. Shima kol banyak kali tapi dia xangkat. ERmmm shima dah marah ckap " budak nie koya sungguh,dia ingat aku gilo kalih dia". Lepas majlis shima trsa penat sgt then terus tido. dalam kul 12.30 am 'beep.beep,beep' bunyi msg shima buka "salam dah tidur ke?maaf la apih nak kol jap leh" shima cakap xleh tapi dia tetap dok kol. So terpaksa la shima angkat jugak. Kami cakap2 la apa saja kami nak luah kan then part y paling beshhhh skx n y korang xsabar nak tahu kan...Jeng...jeng...jeng..."mie,apih sayangkan mie,i love u". Waduhhhhh!!!! kalau ingt balik saat tue memang tOuching la. awal2 shima jual mahal.Dalam hati cakap k "aku nak try la tengOK laki nie macam mana". Maka 23.06.2005 bermula lah kisah " cinta mimie dan apih"


SHIMA naik f6 dan dapat skul aliran sains kat SMK Dato perdana dan dia lak aliran sastera kat SMK BADak. arak sekolah kami sama so setiap kali dia nak p skul dia akan lalu sekOlah shima dulu dan shima bajet kul bape apih n da geng akan lalu. Shima akan tunggu depan bus stOp kadang2 apih akan brehenti untuk borak2. Tapi semua tu xkekal lama sebab shima dapat sambug belajar kat poli. Rasa sedih gak sebab xkan jumpa dia selalu.

Apih Know wat is da best for me. befOre i knew him,my life is so so so bad. Hohoho.i'll do what i like.But please i dont want to remember it. If given anOther chance,i want to repeat the past!!! saya kawan dengan budak lelaki,pakai macam laki,rambut x pernah panjang....hehehe. APih ubah cara pemakain ,selalu nasihat suh jadi budak baik dan dengar cakap ma n ayah.kakak2 n abang. Ye dulu shima selalu je gaduh denngan adik n kakak.Suka sangat lawan cakap diorang klau dengn ma & ayah lagi la. TObat sekarang nak dengar cakap diorang,SAYANG my family.Heheheh. Rambut sekarang pun dah panjang. ahak'ssssssssss...So totally shima leh cakap suka duka hidup shima sekrang banyak yang shima kongsi dengan apih. Dia lah pendengar setia tatkala jiwa shima kacau. Mungkin kadang2 dia agak berkeras dengan shima tapi bila shima fikir balik apih sebenar nasihat shima untuk kebaikan. dan selama kami bersama shima yang banyak silap dengan dia. Maaf APIH. Tapi dalam kelembutan shima, apih xdapat lagi nak hilangkan sifat EGO shima. Hehehe.

Harap jodoh shima dan apih panjang. AMIn...

saya sayang Enc!k Apih


sayang sayang Enc!k Ap!h. heheheh. Kenyataan dari saya. OK!!! Sekarang ni saya sedang merindui dia sangat2. wahhh lama sudah kami tidak ketemui ya. Ok sabar2 shima ada umur panjang u akan jumpa BF yang encem itu. Hehehe. Tahun nie 2011. MMmmm dah nak masuk 6 tahun kami kapel. Bila nak kahwin? Soalan yang tersangat panas tu. Nanti jap nak tengOk dah bape juta duit yang shima ada dalam bank. Waduhhhh ader RM2011. Hehehe.Ye la duit PTPTN sem nie dah masuk. OK diam. Jangan begitau en.apih nanti dia akan berkhutbah panjang plak. Kalau dia tanya ada duit x? Jawab xder. Hehehe.

hari nie betul2 rindu dia,pada masa yang sama zamrizan Ex-PKb dulu asyik dok mesej dan kol je. Myb sebab tu kot shima sayang dan rindu apih. Kenapa la zamrizan a.k.a mije xfaham2 lagi yang shima syg apih sgt2 dan mije pun reti cakap yang mije xnak kacau shima dan apih. kadang2 xlyan jugak mesej. Tapi bila fikir kawan kesian. En.apih xtahu benda nie dan shima xkan bagitau sebab xnak dia mengamuk sekali lagi. Situasi::dalam dilema. Tentu kamu nak tahu kan siapa mije. Kat sini shima xnak la bercerita. Nanti akan diberitahu di post yang laen Ok! JANJI taw.

mesej zamrizan yang terbaru::

" ooooo,,,,,lau jodoh,kwn pun jd wife kan."
"mgkin ke x ek"

Hermmm shima xleh la dengan mije nie. Lagi pun shima dah anggap dia kawan. sebab dalam hidup shima apih je tahu macam mana nak uruskan shima yang teruk nie.* Adehhh teruk sangat ke shima nie???*smbil tersenyum sorang2. Hehehe. apih walaupun garang macam harimau tapi dia baik tau,cuma kadang2 shima je yang tak tahu hargai dia. shima marah & kata dia macam2. *air mata sebelah pipi kiri dan menitis,kenapa la aku emOsi sangat nie*. Probably i was menstruating

shima pernah mencuba untuk mencari orang lain sebagai pengganti tapi shima xleh dapat yang sebaik apih,rata2 yang shima jumpa semua nak shima ikut kepala dia dan kadang2 ada jugak yang nak kan duit tp yang paling terOOkkkk sangat yang kedekut macam kuda. No way! I need true Love k! Mohd Hapirudin Is Mine~~ngeeeeee~~ Dalam erti kata lain shima memang sayang kan apih. Hohohohoh. Love you hubby...

Thursday, January 20, 2011

Add Drop yang tiada ertI,Timetable hancusss!!!

X tahu dari mana nak mula.Masa nie betul2 tengah marah.Kenapa jadi macam nie?Adakah kami pelajar UUm tiada hak???Kalau kami tiada hak apa guna add drOp???Senang pihak u yang tentukan semua. Aku igat lagi masa nak Add drOp paper IFM,aku tengOk portal semua kelas full. Kebetulan kawan aku Zati pun memang nak amik paper sama dengan aku.sO aku janji dengan dia nanti balik untuk exam nie b4 tu p wat add drop dan sekaligus dapat kan kelulusan penyelaras program. Ok balik UUm dah la banjir. Tapi sebab fikir kan add drop n semangat nak belajar balik jugak. KeesOkan pagi tu sampai je terus coling balkis n zati set time untuk buat add drop manual. Hehehe.Macam hepi je kan. Pagi lagi aku dan zati pergi. Kul 7.30 pagi.Masa tue area DKG lengang giler. Yela semua org balik kampung kan. Alhamdulillah orang tak ramai aku tarik nafas lega. Alamak ofis lak lambat buka!!! we had to wait for 1 1/2 hoUr. But nevermind,as long as the add drop not completed me n zati will not give up. Ok ofis buka lam 8.30am. wah kerani kat c2 sempat lagi membebel macam2 nie hah! myb awal sangat kot kami serbu,tapi tak pe la. Hehehe. Ok amik borang add drop the terpaksa naik turun bukit plak nak p FPP jmpa penyelaras. Penyelaras kami Dr.azizi xder kat bilik! waduhhhh macam nak nangis lak,,,sobsobsob. BERUSAHA!!! pergi pejabat COB dapatkan No tefon lec kat pjabat COB, kol DR then dia cakap akan jumpa kami dalam kul 11 am. Ok tggu lagi tapi xpe. Sementara tu pergi makan. Kol balik Dr azizi untuk kali kedua. Ok saya ada kat bilik. Aku dan zati senyum.
lepas dapat tandatangan DRazizi aku blahhh p COB FTP plak dah la jauh kena naik turun bukit,tapi xpe la asam garam kehidupan seorang pelajar.Kelas yang full td kami pun dapat add jugak,Alhamdulillah. BERMAKNA kami boleh mulakan sem baru dengan aman dan x perlu dok kalut2 p cob nak wat add drop lagi.

Dalam post sebelum nie,aku ader bercerita serba sedikit kan sal kelas yang aku dah masuk. Macam hepi je. Tapi malam nie lepas balik jumpa pengetua,tengOk hs yg aku tinggal kat bilik ada 2 miskol dari zati aku kol balik. SEDIHHHH + MARAHHHH.Jadual yang kami dah susun cantik2 dah ditukar oleh pihak HEA. APA semua nie??? so apa guna add drop yang kami buat???kami penat2 naik turun jumpa penyelaras. Apakah kami student tiada hak? Kata zati alsannya kelas En.shamsul naim terlalu ramai. Adushhhhh. Parah macam nie!!! kelas IFM jadi group D kul 11 hari selasa. Syabas UUM. Memang Universiti terbaik!!! Tapi petang sebelum tue fatin dah balik dan bagitau kelas FAR3 untuk bebudak acct memang hilang terus tapi diorang lagi teruk terpaksa naik turun tanya penyelaras tanya pensyarah namun tiada penyelesain. Ok. Sedih dan aku menangis,,,Dalam hati cuba pujuk diri sendiri. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Berfikiran positif. Tabah dan sabar>

Tuesday, January 18, 2011

My first day class

Ok tetiba je pagi nie terasa nak bercerita pasal kelas pertama untuk semester ini. Kelas aku untuk semester ni AR & IK. Hari selasa cuti untuk diri sendiri. Masa lebih untuk berblOg okeh. Hehehe. AR my class start at 8.00 a.m until 3.30 p.m. Very tired Ok!!! tapi sib baik ader Gap gak 1 jam stgah untuk semua subjek yang aku amik tue. IK plak paling rilex sikit. Hahaha. Kelas start 9.30 a.m - 11.00 a.m pastu sambung balik kul 2.00 - 3.30 p.m.

Kelas pertama aku jatuh pada hari isnin dimulai dengan subjek Pengurusan Bank. But fortunately I already know who will be teaching this subject. Hahaha. Pensyarah Asas Bank aku sem lepas dan tidak lain tidak bukan En.Khairul Anuar Desa. Pagi tu nasib baik aku kat depan dia so aku masuk dulu, masa dia nak masuk tu sempat lagi dia menjeling aku. Mesti dalam hati dia cakap aduhhh budak nie lagi. hahaha. Ok tengok name list untuk kelas dia. Korang nak tahu tak siapa nama paling atas sekali? HARUSLAH aku. Hahaha. Alamak dah senior plak aku ni dan tetiba je rasa diri dah tua. Ok kelas dia berjalan dengan lancar. En.Khairul sudah bagi asgment dan citer sikit silibus yang bakal kiteorang belajar. Sem nie asgment sangat mencabar, group kiteorang kena p bank then buat interview. ok tetiba je aku terbayangkan helaian kertas empat segi yang rupa2 seakan duit. So maknanya kos lagi kan. Alahai tak pe la untuk menuntut ilmu. * Kalau ko beli seluar LEVIS 2oo 300 ko xfikir lak kan?*ermmmmm No Comment. tapi yang paling buat semangat aku berkobar2 plak bila En. Khairul cakap nak adakan lawatan ke LABUAN OFFSHORE kat SABAH !!! OMG!!! dis One i like like like like like like..............................Tapi kalau student kelas dia tinggal 30 orang la. Hahaha. Nampak gaya nak suruh kami dropp la tu. Tapi x nak sebab Encik Best.oh lupa lak nak mention kelas Bank management aku sekali dengan sara n angah.

Petang tu plak kelas Pengurusan Kredit Islam dan masih lagi pensyarah yang sama dengan sem lepas. En.Amirul Faiz. Rasanya ramai stud pompuan minat giler kat dia dowh.AKU??? xminat pun sebab bagi aku dia biasa je. hahaha. Ok macam biasa aku mesti x kan faham apa yg encik tu cakap. hahaha. tapi En.Amirul nie bagus tau. Dia banyak nak tolong student,stgah pensyrah muda lain mana nak tolong student kan. hehehe.Kadang-kadang tu dia cuba buat lawak tapi ada perubahan sem nie dia wat lawak aku banyak gelak.Hahaha.Dia ada habaq kat kami yang kOnvo setahun sekali dan dia tanya pendapat kami pasal yang cuti sem lama. Ramai budak class tue x setuju.ye la benda tu akan buat kami abis belajar lambat. Kalau aku ermmm xtahu la sampai ketua kot dok sini.hahaha

sekian.

Monday, January 17, 2011

All New

....................................BonsoIr............................................
Alhamdulillah pada waktu ini aku masih lagi dapat menghirup sekali lagi udara segar di Utan sIntOk ini. Semua baru kan,,,,tahun baru...umur baru**Ooopppssss snctf yg nie**hehehe... azam baru...semester baru...rumate baru...dan bilik baru ( bilik besar lagi taO...heheheh) tapi pakwe masih yang lama OKeh!!!. Ok tahun Baru sO apa aku nyer azam yerp???:: Mari kita lihat.Jeng jeng jeng::
  1. meningkat kan keimanan dan ketaqwaan kepada allah swt.
  2. menjadi anak yang taat kepada agama.kedua ibu bapa,kakak & abg,serta negara. *yg last skli tu ade2 je kan,he5x*
  3. Mau belajar rajin2,nak kekal kan pOinter dan nak abiskan belajar nie cepat2. *dh xsggup kot dok cnie,uwaaa5X*
  4. ingin menjadi individu lebih baik dari tahun lepas dan blaaaaa blaaaaa blaaaa,,,,,,
  5. Kalau boleh habis degree nak sambung master terus!!! tapi ade banyak benda lagi kena fikir kan. ho5X,,,sO lupakan yerp SHIMA***BAIK***
  6. Ingin lebih menghargai MOHD HAPIRUDIN B HUSIM sbb terlalu jahat dengan dia!! Okeh lebih menghargaI dirinya----> Iklan jap : KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

okeh itu azam baru,so sekarang kalau nak cakap pasal umur baru lagi xleh la kan sebab Mr.JULY belum lagi.He5x. So semester baru? adushhhh Ok la xmao citer panjang. cik JUlie? Ok dia bukan rumate saya lagi. Sebab nyer dia jd RA so satu bilik sorang tapi kami & da geng dah cri port baru lau nak tengok muvee @ lepak2,he5X, teka bilik sape? HARUSLAh bilik k.pah & nurul. he5x. Dalam erti kata laen ur new Dining Hall. Mesti korang tertanya2 kan siapa rumate aku???org nyer kecik mOlek. He5x. & salah seorang Follower aku gak. Cik MAi. He5x. Bilik baru yang aku baru dapat nie sangat2 lah besar dan luasnyer itu lah yg membuatkan aku rasa seram sejuk tapi aku masih selamat lagi dari ancaman benda2 yg xdiingini. Tapi seksa la sikit bilik baru nie sebab TERDEDAH sangat. So dah xleh nak seksi2 mcm dulu lagi. Hohoho . Seksikah aku?

Alhamdulillah semester baru aku dapat lecture yang sama untuk beberapa subjek. Ok la kan. Dan sepanjang 5 sem aku belajar *4 sem dah lpas 1 sem tgah harungi* he5x sem nie la aku senang hati sebab ye la add drop dah sttle semua. Yeeehaaa. Thnx to the One. Kalau x awal2 sem aku akan mOnyOk je sebab add drop dan sem nie aku dah xgaduh dengan orang pejabat dekan yg tetttt. He5X. Harapan aku harap sem 5 nie aku akan lebih berjaya dan fokus lagi. Insyallah.

Sunday, January 16, 2011

Yang baru

adushhhh malam2 buta terpaksa lak delete bLog yang dlu,,maaf ye kawan2 semua. Aku terpaksa tutup Blig yg terdahulu. ada masalah la sikit. ERmmm tapi ruangan baru biasa la x de la citer best sangat kan. Ok aku janji nant ade citer best aku tulis Okeh!!! hohohoho