Saturday, July 16, 2011

Pekerja MYDIN

salam semua
sowi2 dah lama kan shima xupdate blog nie...maklum lah albuzy semenjak bergelar pekerja MYDIN. 19/7/2011 maka cukup la sebulan aku bekerja d mYDIn dgn di anugerah kan 2 helai
tshirt, satu kad pekerja 842106 dan sehelai tudng yang berwarna biru yang terrrramatttt la buruk dan menyakitkan hati aku sebab setiap kali orang jumpa aku d'all akan tanya " shima kenapa tudung buruk",,,grrrrrrrrrrrrr....gilerrrr sambil malu aku jawab " entah la, biasa la nie menandakan pekerja y MYDIN sayang kan"...ishhhh....siOt...rasa nak teranjang je korang...saborrrr je la...

logo syarikat y aku kerja sekarang



alhamdulillah so far so good...walaupun kerja kat MYDIN tu penat nak MATI ( sopan bahasa)... tapi pejam celik pejam celik dah nak masuk sebulan,,,persekitaran baru aku jmpa dgn macam2 ragam manusia... kebanyakan yang kerja kat sana mereka low educated...tapi aku bangga dengan mereka...walaupun umur baru 19 dah kahwin,ada yang janda, kaki bodek, pemalas, terlebih rajin pun ada, berbagai ragam lagi kalau nak diceritakan xmuat la satu muka page nie. Tapi aku macam biasa la bleh je ON dgn sape2 pun, tapi korang jgn pandang rendah lak kat bebudak yang kerja HYpermarket market nie xsemua y low educated taw,,,ade y grad u pun ade cuma rezeki kerja d'all xmasuk lagi so d'all kerja la MYdin sementara....bagi yang low educated mereka ada kesedaran untuk ubah nasib diri mereka...bagus...sebab mereka ada cita2...aku rasa orang macam mereka lah yang patut dibantu dan diberi lagi kerja yang lebih sesuai...tetapi ada je staff kat situ yang suka ANYAM KETUMPAT...alahai makcik muka ko pun macam ketupat!!! Ada Aku Kesah a.k.a AAK??? lagi menyampah ade la aku dgn korang y berlagak macam BA**...aku wat hal aku je, xbnyk ckp dgn d'all diam lebih baik n wat je kerja aku... setakat nie hub aku dgn Head of Department (HOD) iaitu kwanie baik la, sama gak dengan supervisor aku EN.Hise...aku suka kacau en.Hise sebab dia senang dibOdek,,,ahhahaah,,,aku dapat ramai gak kawan2 baru nak sebut nama satu persatu terlalu lah panjang,,,ehhehehe

aku kerja MYDIn ikut shift,,,kalau pagi kul 8 am dah masuk keluar kul 5.30,klau aku dapat shift petang kul2 masuk kul 11 malam keluar. Tapi sekarang aku giler OTY. hehehe,,,Kumpul duit nak kawen ( GATALLLL)..ahhahahaha...so bila nak berhenti tu aku tak tahu la lagi sebb tengah wat part time dgn MBSB...hehehehehe

Thursday, June 16, 2011

Adam Harith~~We PrOud Of You~~

Nie budak laki yang paling Notty & paling banyak cakap. Hehehe. Muhammad Adam Harith B. Muzairulaswadi. Anak kepada Puan Salwani & Kapt. Muzairul & abg kepada Ammar a.ka angah n Annas a.k.a Baby ( baby ke nanti kuar sorang lagi) heheh. Kenapa ada citer pasal budak nakal nie ek? Jeng jeng jeng. Today his mama post something in FB.

Kepada muhammad adam harith ... we proud of u coz dapat 2nd/15 Exam tempohari... sesaper yg ada janji ngan ini budak..sila tunaikan yeaa....


yeayyyy!! cikteh ( its me ) pun turut bangga la. Hehehe. Wait...check first..ermmm something wrong here...ngeeee... sesaper yg ada janji ngan ini budak. Ayat nie kan...alamak terasa lak cikteh nie. Hahaha. Hari tu adam cakap kalau dapat no 1 mama & papa nak pasangkan aircond. Kat sini duit mama n papa dah selamat cz adam dapat no 2 je.Tapi cikteh lak yang berfikir. 2 hari lepas adam dah cakap nak suh cikteh belikan handphone baru. Wahhhh Adam Harith nie. Mati akal cikteh dok fikir nak kasi apa. Adam cikteh xkerja mana ada duit ok2 nanti kita p makan KFC ea bawa angah n annas sekali ajak ciksu jugak sebab nanti yang nak bayar nya ciksu. Hahaha.

Apa yang istimewa pasal adam??? Adam dia seorang yang bijak la walau kadang2 dia suka buat adik2 dia. Biasala budak2. Masa dia kecik memang dia cakap x telo (pelat) pun. Kalau mama dia kasi latihan math dia akan buat sampai dia dapat jawapan cuma adam nie satu je. Kalau 7+4 dia x boleh buat sebab kalau kira dengan jari, jawapan nye keluar 10 sebab jari ada 10 dia xleh terima jawapan 11. hahaha. Lawak kan. Walau mama dah terangkan pun adam still xleh faham. Korang jangan terkejut adam walau dia lima tahun tapi kalau surah alquran yang pendek2, he can remember it smoothly and well. Satu lagi adam ni dia pandai memujuk tau, especially when he wants something he would make a sad face!!! Hahaha. Adam pun dah pandai azan. Suka dengar. Mama & papa la yang ajarkan. Bagus kan. Dulu kalau suruh adam buat kerja laju je dia akan buat tapi sekarang sebab dah besar kalau mama yang suruh je dia akan wat kalau orang lain,,,lambat ckit adam nak buat. Kalau main game dalam lappy tekun je dia, kalau latOp dah hang tengOk la dia marah2 kan latOp tu. Angah pun turut sama marah latOp papa. Hehehe. Sekarang dia tahu cikteh sedang cuti kat kampung, mood nak p sekolah kurang ye la nak g jalan2 dengan cikteh, kelmarin pun dah pesan suruh amik dia kat tadika tengahari, dia cakap " abg bosan la cikteh". Adam u r very smart bOy~~

Semoga adam harith akan membesar sebagai budak yang pintar. Hormat orang tua dan menjadi anak yang soleh sepertimana yang didoakan mama & papanya. Sayang allah, sayang mama,sayang papa, sayang angah& baby. Sayang semuanya. Semoga allah memberkati hidup Muhammad adam harith dijauhi segala keburukan & kejahatan. AMin.


Lots Of Love : cikteh Adam

Saturday, June 11, 2011

Khas untuk Nazrul Aini Othman


Setiap Pertemuan ada Perpisahan





Begitulah jugak kisah aku dengan BFF Nazrul Aini Othman a.k. a NAd. (sila rujuk gambar kat atas). Hehehe. Aku kenal dia 2 tahun setengah. Kami masuk sama2 tapi sebab dia budak yang selalu serius dengan study so dia dapat transfer krdit jadi la 2 tahun setengah. Actually sorang lagi BFF aku fairulhidayah jaffar a.k.a yaya tapi dia akan habis sama dengan aku so story sal dia xde la ye. Insyallah akan ada di penghujung tahun nanti.Hehehe I'm Sorry yaya. hehehe.Love You Yaya. Alkisah nya...

Cik nad yang aku sayang ::

Masa mula-mula aku kenal ko first day aku datang UUM. MAk Oihhh ko memang berlagak la! Aku salam ko! ko wat dekkk je. Takpe2 mentang2 la ma n Ayah aku tak datang hantar kan. Ok stOp kat situ. Dalam hati aku,bajet bagus pompuan nie,berlagak la padahal satu poli je. Hahaha. Jangan marah ye nad,just beginning.

Tamat sudah minggu orientasi aku masih xrapat lagi dengan nad. Macam ne kami leh rapat? kelas kO-k. Masa nie aku start kenal yaya sebab dia baik sangat!. Yaya yang kasi ubat maigrain kat aku. T- -T. Masa kelas ko-k dah rapat dengan nad yaya. Maka kat situ lah bermula kisah persahabatan kami.

CIk Nad::

Aku rasa dari segi kita berkawan nasib kita sama je kan. Ko dengan masalah ko dengan masalah aku tapi kita coOl je. (^,^) Ko banyak tolong aku. Tapi ko la yang lebeh tabah aku tengOk ko harungi semua tu sorang2. Sedangkan kawan2 yang rapat dengan ko sanggup buat ko,tapi aku masih lagi bertahan sebab aku bukan ko kerna aku tidak SETABAH ko. Tapi lama-lama aku belajar ketabahan dengan ko. Wahhhh rasa sedih. Kisah aku lagi sedih kan masih bertahan sampai sem 5 pastu kena lagi harungi sampai sem depan. Paling ketara sem lepas kan nad, aku asyik dengan ko je kan nad. Aku terima ko seadanya. Aku terima semua perangai ko walau pu orang lain kutuk ko. Sebab bagi aku kalau kita nak berkawan dengan seseorang kta kena terima diri mereka seadanya kerana diri kita juga tidak sempurna.

cik nad::

Nad ko telah diuji. Masa mula2 ko masuk abang ko yang meninggal. Pastu tahun lepas ayah ko meninggal. Masa ayah ko meninggal ko tefon aku tanya sal bas kemudian ko baru cakap ayah ko dah x ada. Masa tu aku sedih sangat2 sebab x dapat tlg ko cari transport balik segamat secepat mungkin! masa tu rasa diri aku x berguna sebagai kawan. Sampai hari nie perasaan salah tu ada dalam diri aku. Semua salah orang HEA. Tapi aku banyak belajar juga dari peristiwa hari tu. Terima kasih yaya kerana teman kan nad. Kebetulan hari tu aku ada exam. Alhamdulillah semuanya selamat

Cik Nad::

Kita selalu berdua @ bertigakan nad,keluar changlOOn, tengOk muvee,shOping, cuma aku nak mntak maaf la bila ko & yaya kuar skx aku xdapat jOin la terdapat halangan macam yang nak p Jom heboh & Hatyai memang nak p tapi kenapa ye aku xleh p? aku lupa...Lastly dapat gak kuar dengan ko walau pun yaya xde teman ko makan kat kopitiam. Hehehe.. Buat rekod yang ko wish tu,,aku masih simpan, Hehehe. Nanti datang kOnvo aku kasik barang yang ko nak ea.

Cik Nad::

Aku nak ucapkan tenkiu la sebab sudi dengar tangisan la lolongan aku (hahahaha) n tolong aku semasa susah dan terima kasih untuk semua. KO jugak lah titik pertemuan aku dengan annah. Kalau ko tak kenal kan annah kat aku memang aku dah tak kenal dia. BTW dia pun baik macam ko. Sekarang kita dah rapat kan. Hope ur friendship will last. Insyallah.

Cik Nad::


Kenangan kat Langkawi ko jangan lupakan ek. Aku ko Yaya. Hehehe. Ko & yaya buli aku. Hahaha. Aku takut laut. Hehehe. And dont forget the time we seduce the english man!!! big laugh with him! hehehe. tapi itu semua hanya lah untuk bergumbira kan. Nasi Lemak Antarabangsa ko kena ingat juga tau. Ko suka cakap "PAKWE SHIMA" hahhaa. Nanti kita p makan lagi k! Hah! yang paling ko suka Char kue tiaw pakdep CKTPD n Gerai bawah jambatan. huhuhu. Sem depan aku dah tak dapat buat tu semua sebab ko dah tak de! sedih x? sedih kan...hohohohoh. Nanti xdapat tengOk ko kuar tengok muvee pakai baju kurung & masuk karOke BOx! memang lawak la wei. Hahaha.

Cik NAd::

Apa lagi ea aku nak cakap untuk ko?ermmm macam banyak je nak tulis tapi tiba kering idea! hahaha. Nad ko kalau nak sambung master jangan lupa aku k! igat janji kita tu. Tapi syukur alhakdulillah sampai sekarang kita masih berhubung kan walau pun ko dah dok keratong. Hehehe. TQ untuk shawl y ko kasi. Hehehe. Hadiah ko nanti kOnvo ye. Aku bagi ko yang spesel nye ko & annah. Tapi jangan lak tak datang.

CIk Nad:

Kalau ko ada masalah jangan lupa mesej aku taw! aku kan kakak ko tapi yang kuat nangis aku kan,Hahaha,,Insyallah selagi termampu aku tolong k. Ko nak buat apa2 fikir 2 3 kali, Fikir kan mak ko, aku harap ko dapat buat yang terbaik untu diri ko. Jangan lupa yang satu allah swt. Sesungguhnya dia maha besar. jangan sesekali ko abaikanya k. Dapat kerja best jangan lak lupakan aku. Kalu kawen aku tak rasa ko akan kawen dalam masa terdekat sebab ko gila kerja! hahahah! SEKIAN.



Dari hati yang ikhlas:: cik tiang lampu a.k.a Siti maizatul shima Yusoff




sudah lama tidak menekan butang-butang ini

bonjour à mon suiveur

Wah dah lama kan shima x aktif kan jari jemari untuk berkongsi cerita di ruangan y sempit nie. Shima tengok follower pun dah makin ramai, kOmen banyak yang tak terbalas lagi rasanya. Kepada Follower semua thnx u ollz cz sudi follow blog shima walau dah lama tak d update kan. Sayang Korang sangat2.

So pOint shima yang pertama ialah shima dah berjaya meninggalkan semester 5. wah terasa macam cepat je kan masa berlalu dan begitu juga banyak juga lah kenangan & peristiwa pahit dan manis shima sepanjang semester 5. Namun shima berjaya juga harungi nya dengan tabah dan dengan pertolongan dari yang maha esa. Allahuakabar.

Semester 5 shima banyak belajar pasal perangai manusia. Dan dari situ juga lah shima tahu dimana kelemahan diri shima. Rupanya2 banyak yang shima perlu pelajari. Manusia macam-macam perangai. Tapi itulah manusia xpernah sempurna termasuklah diri shima yang hina ini. apa pun dalam kehidupan shima hanya mahukan yang terbaik saja. Nak habiskan exam final, i cry evernight and feel cant wait to step out from sintok and leave all the bitterness. Tetapi itulah yang dinamakan kehidupan. Setiap hari shima berdoa agar dipercepatkan masa. Akhir nya hari yang ditunggu tiba, habis je exam malam tu juga balik kg bersama bonda & ayahanda. Saat melepasi pintu gerbang tetiba je rasa macam terluncut satu beban dari bahu. Harap Sem depan that is my last semester semuanya berjalan dengan lancar. Insyallah. Sekarang shima xsabar nak tunggu result exam je. Hope semuanya OK2 je.

"Kawan-kawan saya sayang kamu"


Sunday, March 20, 2011

NANGIS +++ KENA HENTAM TERUK


salam semua...
tatkala ni aku masih lagi rasa sedih. Last week lec strategic Management(SM) Cik Noraziah suh kami wat financial planning model untuk company y kami pilih, so ahad kami akan dipilih secara random siapa y BERTUAH diulangi BERTUAH saja y kena present. Memg terbaik la kalau tengok words tu kan. Ok pendekkan citer. So semalam aku keletihan sikit terpaksa la balkis & zati yang siapkan slide. Pagi tadi jmpa d'all kat kelas je. Masuk2 cik noraziah tu sebut nama grOup aku.

CN: mana grOup Sealink Incorporated Bhd?
Zati : kami cik
CN: Ok grOup kamu yang kena present pg nie,saya nak SANGAT tengOk group kamu
Shima: sorang lag xdtg sebab demam.
CN: xpe kamu present jugak.. TITIK

Aku zati & balkis sambil berpandangan bukan apa we actually nOt ready yet! we all chills...!kami kuatkan semangat,come out with confidence in ourselves.Hahaha. Nak tergelak jugak kan. aishhhh. Ok kami pun mulakan present.

mission, vission, long term objectives semua citer la....Ok Q&A session is the most terrible part~~maka bermula lah adegan menjawab. Hohoho.

" mana awak nyer external anylisis?apa polisi company sealink, apa strategic,tahun perbandingan, blaaaaa...blaaaaa....blaaaa....

Korang jangan igat kami diam macam tunggul je kat depan tu, Tak OK!!! Kami cuba jugak cover kesilapan kami dengan menjawab soalan CN tu wlau pun maen hentam je. Dalam hati aku cakap' cepat2 la habis Q&A session nie,xsggup aku nak berdiri kat stage nie...seolah kena dihujani peluru,,tummm tummmm tummmm.....

Komen yang sangat BAGUS vice versa...( paham2 la yerp)...suddenly self motivation down... rasa bersalah plak dgn group member...


sebab perangai y tak leh ubah satu je,kalau aku xdapat kepuasan dalam diri dan orang lain,aku x kan marah kat orang lain tapi marah kat diri sendiri. dan persoalan yang selalu timbul ialah ADAKAH AKU BODOH???

Lepas presnt duduk balik kat seat aku,lepas tu leh lak wat2 tgah salin sumthing padahal benda tu ada je dalam note nak cover xkasi nangis dalam kelas sebenarnya,,,kalau x MALU la aku...5 minit dh berlalu rasa cool down,,,Ok CN suh buat yang lebih baik lagi nanti grand presentation bulan 4 nie. INsyallah...sebelum abis kelas aku p jumpa dia cakap nak try wat company laen coz y sealink tu macam susah...korang tahu dia cakap apa

"kenapa??Korang takOOt??"



Hahahah..Cn dah macam bOleh agak yang kami takut. Tapi ADAT belajar kan. REDA.


Friday, March 18, 2011

CPR pleazzzzzzz

salam semua,wah saya kembali setelah beberapa minggu x update. Sowi la tersangat bz almaklum lah final year student kalau dah final semester student cnfirm rambut pun xder. Hahaha. Ok. Nak citer pe plak kali nie? Bantuan pernafasan? kenapa lak kan???

CPR pleazzz sebab sekarang nie rasa macam masa nak enjOy, rehat2 n tengOk muvee, lepak2 kat kedai Char Kue Tiaw pak dep @ warung bawah jambatan dah xder. Yang ada hanyalah masa untuk baca jurnal, repot bank, dengan assingment yang berlambak plak tu naik pening diri AMBo. Tapi aku harungi nye dengan tenang walaupun jiwa dah kacau. Hohoho. Biasa nye la kan kalau time balik kelas petang tu aku akan buat pose yang baik sekali atas katil iaitu acara tidur. Tu dulula sekarang aku wat style baru kat meja study dengan si Lappy.

Memang sem nie aku rasa aku budak yang SKEMA la. If before, right at 12 pm i must sleep but now 2 3 am baru leh tidur. Ok la kan baru orang cakap belajar. Kesannya lak aku akan miss kelas kul 8 pagi. uwwaawwaawawaw. Rekod PONTENG yang cemerlang gemilang dan terbilang. Kalau mak aku tahu MAMPOS aku! tapi aku berusaha nak atasi semua tu aku p tidur kat bilik member, then diorang akan kejutkan aku la. Hehehe. Sekurang2 berusaha untuk berjaya.

Monday, March 7, 2011

Nangis sepuas-puasnya

Entah la 2 3 hari nie aku rasa macam nak nangis je.Kenapa? sebab nyer aku x tahu. Stress ke shima???aku akan gelengkan kepala. kan dah cakap tak tahu.

Sebelum tidur malam aku akan nangis lepas study pun akan nangis. Ada masalah dgn apih ke shima??? kali nie lak aku akan angkat bahu menandakan tidak pasti,tapi rasanya ok kot. Ok! asgment bnyak,exam plak, and so on...

My reaction??Nape nie emosi aku cepat sangat terguris??? sabar shima sabar. Kalau lah menangis itu boleh melegakan hati ko. OK baik aku buat macam tu!

Tahu x apa yang aku nak??? aku nak kuar cepat2 dari UUM nie! ya allah dah xtahan rasanya. Dugaan dtg bertimpa2. Aku kena kuat! aku kena berjaya! anggap semua yang datang ini dugaan! aku rindukan kampung n family!!! sobsobsob

SITI MAIZATUL SHIMA YUSOFF harus KUAT!!!