Saturday, February 26, 2011

Delagation to BNM & PNB

:: shima yang sweet ::



...salam...
Firstly shima nak cakap yang shima sangat teruja bila dapat tahu yang Finance & banking Society ( FABS) UUM ada nak wat delagasi @ lawatan kat Bank Negara Malaysia (BNM) & Permodalan Nasional Berhad ( PNB ). Shima ajak2 la kawan2 BFIB & finance yang lain. Tapi last2 yang p angah je. Nad & Balkis ada hal lain zati lak last2 minute nak p tmpat plak full, sara lak ada kuiz mikro so shima dengan angah je la p. Ok we jump to shima's stories, Ngeeeee excited nak bercerita.

Our journey begins wednesday night.We gathered at the Varsity mall at 10 pm and at about 10:45 pm, we went to kuala lumpur. I slept all the way. We arrived at Sungai Buloh Junction at 5 am. Kami mandi, solat dan tukar baju yang lawa-lawa kat sini pastu semua dah beres kami pun bergerak ke BNM. Jalan tersangat2 jem. OWhhhh K.l. Baik naik motor plak kalau keadaan cam gnie. Kami sampai BNM tersangat lah awal dalam 8.30 am kebetulan pagi tu juga ada delagasi daripada UNITEN Pahang & UITM Melaka. So, kami budak2 UUM kena tggu diorang sejam sebab ceramah khas dari wakil BNM En.yusoff start kul 9.40 am. Layanan yang diberi tersangat bagus sementara menantikan kedatangan 2 lagi jemputan. So sempat lak shima gedix2 dgn angah amik gambar. hehehe. Kalau x silap pegawai yang melayan kami nama en.azam **kalau xcilap la* dia ada cerita sedikit pasal BNM dan kerjaya yang ditawar kan. Macam best kan tp bukan calang2 orang leh kerja sana. INsyallah suatu hari nanti saya dapat menjadi salah seorang staff BNM. Amin. Ok bila UNITEN & UITM sampai sesi perbincangan kami bersama En.Yusoff berjalan dengan lancar sekali, UUM & UITM sangat memberi respon yang positif, tetapi UNITEN tersangat kurang ajar,amat memalukan lah shima rasa. Bayangkan diorang leh menguap dan buat bising semasa en.yusoff bagi ceramah. UNITEN biasa IPTS harap kan pakaian je lebih but very bad attitude. Very embrassing. So selepas 3 jam diskusi kami bersama en.Yusoff setelah semua soalan dan pertanyaan diajukan kami mula faham tentang beberapa perkara dalam BNM serta Investment operation. Sepatutnya kami lunch bersama staff BNM tetapi ada sedikit misunderstanding so terpaksa la kami makan sendiri2. Nak tahu tak kami makan kat mana?

Driver bas tu berhentikan kami kat KLCC. Yang shima xleh imagine ke KLCC dengan baju kurung?hahaha...Ok sekali sekala kalau x mati pun shima xkan keluar pakai baju kurung kecuali kenduri. i was very polite on that day. hehehe. Yup kami makan kat KLCC. Shima makan apa entah dah x igat masa mula2 masuk KFC tapi keluar balik sebab orang tersangat ramai derrr. Untuk secOnd round makan burger King Double lagi derrrrrr. Shima ker? xla orang lain. Hahaha. Masa lawatan ni banyak lak dapat kawan baru macam kushirr dari bangladesh budak pure finance awil lak dari somalia kos kami. Ok la diorang tersangattt baik. Awil pandai cakap melayu. * gambar kat sebelah tu awil namanya*





Lepas solat kami berkumpul balik depan KLCC pakcik bas amik kami ke destinasi seterusnya PNB. Wooowwww tersangat cantik. PN.azrina & En.Nazri tersngat baik. Siap ada makan2 lagi. Diaorng ada cakap pasal penting ASB dan terangkan semua produk, perkhidmatan dan yang paling menarik career kat sana. Insyallah sekali lagi shima berhajat dapat JOIN PNB,,insyallah. Selesai makan2 kami terus balik ke UUM sebab driver bas tu kerek la xnak p mana2 pun...Jam 4 am kami sampai UUM. ~~sweet memories~~




Monday, February 14, 2011

cita-cita saya



Tetiba je hari nie shima terfikir kan sal kerjaya. Myb sebab terfikir kan umur sekali kan. So tertanya juga apa yang shima minat sebenarnya dalam hidup. Kalau waktu muda2 dulu minat giler dengan UnifOrm tapi skunk nak cari kerja yang lembut2 la plak pada masa yang sama atas dorongan apih. Okep tengOk jap kelayakan pe yang shima ada. DIploma Perakaunan & sekarang lak Kewangan dan perbankan islam. Kalau tengOk kelulusan yang shima ade mest orang akan cakap " nanti kerja bank la ye",,,ermmmmm, tapi shima akan jawab xnak! cukup la pengalamn msa praktikal kat AGRO bank dulu. Banyak Boring dowh. Hehehe. Tapi shima ada minat dan cita-cita baru, apa dia??? Shima ader minat baru...heheheh.. shima dah suka kan bidang pendidikan. ahak'sss. cita-cita shima tahun 2011 ialah lepas abis dgree nie nak jadi PENSYARAH. hehehe. Tapi boleh ke???ermmm insyallah harapan tinggi tu. Shima nak sambung master jugak. tapi xpasti nak amik apa lagi. Survey dah dibuat antara yang shima intai2 ialah UIA.UM,UPM & UKM...setakat nie alhamdulillah feedback yang diterima bagus. Tapi shima x bagitahu APIH. Sebab??? ade la. Heheheheh. Hope shima akan capai pe yang shima impikan tue. Insyallah. CIk Shima.

Thursday, February 10, 2011

~~BotOl pOtatO chips melayang~~

wahhh petang nie penat giler sebab hari nie buat makan untuk alOng. Ok balik tido dengan si adam. Kul 5 bangUn then p carwash. My persOna terlalu kOtor. Bawa adam sebagai peneman. My pesona ready to be washed after 30 minutes. Adam plak ajak p petrOnas nak beli air dan cekedis. Ok Auntie yang baik kan just foLLow wat ever he wants. ngeeeeeeeeeeeeee. Mana tahu dapat tittle auntie mithali plak,Hehehe. Masuk Je dalam petrOnas Mart aku senyum dekat cashier tu. Alamak senyuman ku x dibalas orang. Apa la,Ok adam nak air p amik amik air untuk dia,ada lagi ke adam nak beli? Yup adam cakap ader. Dia suh aku tggu kat kaunter dia nak pilih barang . AmbOi adam sakan. Aku lak tengOk barang2 kat kaunter kemudian jatuh hati plak dengan air freshner ( AF) cap apa ntah. Aku amik yang bluberry punyer TESTER. ERmmmm xberapa ngan dengan aku maka aku pun buka la mulut. BUkan nak marah lagi taw,,heheheeh,,,wat suspen lak kan,Heheheh.

Aku : kak nak tanya AF yang hijau & biru nie ade tester dia x?ermmm percubaan sebelum beli.

Cashier: xder semua orang beli *muka dah la masan,kalau ko cantek xpe nie lebih itan dari aku,gemOk lak Tu+++ baru jadi JANDA,,,,adessss*

aku: *senyUm* hah??? orang beli?kak tester bukan untuk dijual dia untuk custOmer try dlu bau sblum beli

Cashier: *muka masam & suara tinggi* mana aku tahu kalau dah xder kat situ makannya xder la...

Aku: *mula berdesing telinga* kak saya cuma tanya sebab ni hak saya sebagai pelanggan,habis macam mana saya nak beli,kalau saya beli bau x sedap macam ner?bOleh return back ke?

cashier: *tengking aku* kalau ko xnak beli xpayah dok tanya banyak la.

AKu: *tetiba je botol potato chips ade kat tangan dan aku Terrrbaling kedepan* aku tanya sebab aku nak beli la jangan ko igat aku pakai selekeh macam nie aku bodoh! kalau ko rasa xnak kerja baek xyah keje ,aku bukan suh ko buat kerja angkat barag ke apa ke,,,,

Cashier: blaaaaaa,,,blaaaa,,,blaaaa *versi membebel org xbetul jln*

hah macam tue la citer.barang2 yang aku beli dia xnak kira sehingga lah ader cashier laen yang datang kire. Adessss aku habis sabar dengan orang macam nie. Sampai umah aku citer dekat ma & ayah. Ma geleng kepala. ma cakap aku panas baran dan ayah boleh gelak dekat aku. apa la ayah nie,,,,

Monday, February 7, 2011

Hati Seorang Perempuan

Mungkin pada tatkala ini Hawa itu boleh memanjatkan syukur pada yang esa kerna dikurniakan Adam yang berjaya mengubah hidupnya. Namun Adam itu bukan lah suaminya. Tiada lagi ikatan yang sah dimetrai antara mereka berdua. Adam seorang lelaki yang cukup sempurna namun Hawa belum lagi merasakan mereka patut menjadi psangan yang sah disisi agama. Perasaan hawa sekaligus makin bingung. Sayang kah Hawa kepada Adam???cintakah Hawa pada Adam? yang mana satu lebih penting dalam diri hawa??cita-cita atau cinta? Jauh di sudut hati hawa jelas ternampak kekeliruan yang tersorok jauh di hati kecik nya itu. Tatkala malam air mata membasahi pipi? Wahai Hawa mengapa engkau menangis?

Mengertilah.............................................

Surat untuk Adam:

" Adam aku amat menyintai diri mu sepenuh jiwa raga ku,namun aku tidak mahu hidup dalam kesusahan,aku ingin buktikan kepada mereka2 yang pernah mengherdik diri aku dan diri mu yang Kita bisa mengecapi bahagia,tapi pernah kah kau mengerti apa yang aku buat selama ini adalah untuk kita berdua bukan hanya untuk DIRI AKU sahaja. Hawa sayang Adam!!! Tapi Adam selalu marah hawa. adam kata yang hawa tidak cinta dan sayang adam!!! semuanya tidak benar!!! tidak!!! HAwa sayang dan cintakan adam, tetapi cita-cita yang satu itu...adam jangan tinggal kan hawa...Hawa Boleh jadi gila..."

Dari surat untuk adam mungkin kamu semua boleh meneka knpa hawa menangis. Ya!!! tepat sekali...Hawa tidak mahu kehilangan adam namun dia mempunyai cita-cita yang besar bukan untuk dirinya sahaja namun untuk adam jua.

Tatkala diri hawa dalam kekeliruan,ada pihak ketiga yang datang,masyallah, Hawa engkau harus kuat! jangan terpengaruh dengan janji2 manis si idris. Kenapa baru sekarang idris membuka hatinya kepada kamu??kenapa alasan yang di berinya kamu terima bulat2?Hawa berfikir sejenak,mengeluarkan air mata,alangkah sedihnya adam kalau tahu semua benda ini,hawa harus berterus terang. Marah nya adam hanya sekejap sahaja. Lupakan idris! jangan dilayan lelaki itu.

Hawa & Adam sekarang masih lagi bahagia namun hanya hawa yang bermain dengan perasaan dirinya,hawa takut jika dikejar nya cita2 yang satu itu,dia akan kehilangan adam untuk selama2 nya dan tidak mungkin akan dapat lelaki yang sebaik adam,namun,,,adakah persaan ini ada kerna hawa tidak pernah membuka kan hati nya untuk lelaki lain? munkin,,,,masih adakah lagi lelaki sebaik adam?Hawa harus ingat :-

"susah senang hidup hawa selama 6 tahun ini hawa bnyak berkongsi dengan adam,sanggupkah hawa tinggalkan adam bila hawa dah senang tatkala itu adam tidak snggup menunggu?"




Hasil: idea diri sendiri,,tiada kaitan dengan siapa2,Hak ORi~~

Saturday, January 29, 2011

Berubahnya aku kerana Apih

p/s :: ini bukan gambar apih shima ye,nama budak nie apih jugak tapi apih laen::xcdentally::


sebelum shima mengatur langkah potpet dengan lebih laju baik shima gtaw awal2 macam mana life dulu kan,Hehehe. shima dulu Boleh la kot dikategorikan sebagai TOMBOY. ye ke???

Masa sekolah dulu shima banyak terlibat dengan xtvt berunifOrm. Kadet Polis. shima memang aktif tahap giler la join pertandingan kawad kaki sana sini,pergi camping sampai peringkat negeri. Wahhh dan yang paling bangga shima dapat masuk kawad kaki individu peringkat negeri bukan senang tau! Kebetulan shima dengan apih xsama sekolah tapi dia pun jOin kadet jugak tapi anggota biasa je. shima dapat rasa semua pangkat koperal,sarjan,SM & SI. * Bukan nak menyOhor ye*.hehehe. Sampai mak shima pun geleng kepala. Masa nie shima dah kenal apih tapi xbegitu dekat la. Hehehehe. Memang shima xpadan la dgn dia masa tu. Ye la BUDAK KAMPUNG. hahaha. *Lupa diri lak shima nie pun budak kg gak,mest apih marah giler lau dengar ayat nie,sebab dia paling xsuka*

Lepas SPM shima masih lagi follow kadet polis skul saje2 je kan hobi walaupun dimarahi oleh emak beberapa kali shima masa tu tengah darah muda ma cakap apa lawan je. SHima shima,alahai. Ok Hari tu ada pertandingan kat SMK Dato perdana. So shima pergi dan apih pun pergi jugak. Peewiiiitttt shima,,,ooooo shima. Shima wat bodoh je. " sape lak budak lagi yang bodoh dok panggil nama aku tu?". memang xlayan la. APih cakap masa tue dia menyampah giler kat shima,dia cyap cakap " kalau muka cantek xpe nie aku panggil pun sombong,bengOng je pompuan", OOOO hubby ckp yunk macam tu yerp! tengOk sekarang kapel dengan sapa. HAHaha.

Namun cerita itu tidak lah berakhir di situ. Pada suatu malam ade banyak m.kol naik kat fon aku! aku yang masa tu tgah brutal lagi menyumpah2 la dekat orang yang kol tu " wei sapo la budok gong hak dok kaca aku nie,doh la aku nok tido xleh,baso bengOng" . sok aku kol cakap jangan kacau aku lagi. Nak tahu x siapa?Hehehe. Haruslah APIH saya. Ok dia minta maaf katanya kawan dia yang guna fon dia dok m.kol2. Ok aku terima maaf dia. Aku dan dia pun berkawan la. Tapi masa tu panggil "AKU' & "MUNG".Heheh.. FIRST STEP. Dalam kami dok kawan tue ade la jugak beberapa kali dia datang umah aku dengan kawan2 dia naik motor DAC??? lupa lak. Hehehe.

Achik shima nak khwin. Shima jemput apih. Tapi apih x dtg cz merajuk dengan shima. Shima kol banyak kali tapi dia xangkat. ERmmm shima dah marah ckap " budak nie koya sungguh,dia ingat aku gilo kalih dia". Lepas majlis shima trsa penat sgt then terus tido. dalam kul 12.30 am 'beep.beep,beep' bunyi msg shima buka "salam dah tidur ke?maaf la apih nak kol jap leh" shima cakap xleh tapi dia tetap dok kol. So terpaksa la shima angkat jugak. Kami cakap2 la apa saja kami nak luah kan then part y paling beshhhh skx n y korang xsabar nak tahu kan...Jeng...jeng...jeng..."mie,apih sayangkan mie,i love u". Waduhhhhh!!!! kalau ingt balik saat tue memang tOuching la. awal2 shima jual mahal.Dalam hati cakap k "aku nak try la tengOK laki nie macam mana". Maka 23.06.2005 bermula lah kisah " cinta mimie dan apih"


SHIMA naik f6 dan dapat skul aliran sains kat SMK Dato perdana dan dia lak aliran sastera kat SMK BADak. arak sekolah kami sama so setiap kali dia nak p skul dia akan lalu sekOlah shima dulu dan shima bajet kul bape apih n da geng akan lalu. Shima akan tunggu depan bus stOp kadang2 apih akan brehenti untuk borak2. Tapi semua tu xkekal lama sebab shima dapat sambug belajar kat poli. Rasa sedih gak sebab xkan jumpa dia selalu.

Apih Know wat is da best for me. befOre i knew him,my life is so so so bad. Hohoho.i'll do what i like.But please i dont want to remember it. If given anOther chance,i want to repeat the past!!! saya kawan dengan budak lelaki,pakai macam laki,rambut x pernah panjang....hehehe. APih ubah cara pemakain ,selalu nasihat suh jadi budak baik dan dengar cakap ma n ayah.kakak2 n abang. Ye dulu shima selalu je gaduh denngan adik n kakak.Suka sangat lawan cakap diorang klau dengn ma & ayah lagi la. TObat sekarang nak dengar cakap diorang,SAYANG my family.Heheheh. Rambut sekarang pun dah panjang. ahak'ssssssssss...So totally shima leh cakap suka duka hidup shima sekrang banyak yang shima kongsi dengan apih. Dia lah pendengar setia tatkala jiwa shima kacau. Mungkin kadang2 dia agak berkeras dengan shima tapi bila shima fikir balik apih sebenar nasihat shima untuk kebaikan. dan selama kami bersama shima yang banyak silap dengan dia. Maaf APIH. Tapi dalam kelembutan shima, apih xdapat lagi nak hilangkan sifat EGO shima. Hehehe.

Harap jodoh shima dan apih panjang. AMIn...

saya sayang Enc!k Apih


sayang sayang Enc!k Ap!h. heheheh. Kenyataan dari saya. OK!!! Sekarang ni saya sedang merindui dia sangat2. wahhh lama sudah kami tidak ketemui ya. Ok sabar2 shima ada umur panjang u akan jumpa BF yang encem itu. Hehehe. Tahun nie 2011. MMmmm dah nak masuk 6 tahun kami kapel. Bila nak kahwin? Soalan yang tersangat panas tu. Nanti jap nak tengOk dah bape juta duit yang shima ada dalam bank. Waduhhhh ader RM2011. Hehehe.Ye la duit PTPTN sem nie dah masuk. OK diam. Jangan begitau en.apih nanti dia akan berkhutbah panjang plak. Kalau dia tanya ada duit x? Jawab xder. Hehehe.

hari nie betul2 rindu dia,pada masa yang sama zamrizan Ex-PKb dulu asyik dok mesej dan kol je. Myb sebab tu kot shima sayang dan rindu apih. Kenapa la zamrizan a.k.a mije xfaham2 lagi yang shima syg apih sgt2 dan mije pun reti cakap yang mije xnak kacau shima dan apih. kadang2 xlyan jugak mesej. Tapi bila fikir kawan kesian. En.apih xtahu benda nie dan shima xkan bagitau sebab xnak dia mengamuk sekali lagi. Situasi::dalam dilema. Tentu kamu nak tahu kan siapa mije. Kat sini shima xnak la bercerita. Nanti akan diberitahu di post yang laen Ok! JANJI taw.

mesej zamrizan yang terbaru::

" ooooo,,,,,lau jodoh,kwn pun jd wife kan."
"mgkin ke x ek"

Hermmm shima xleh la dengan mije nie. Lagi pun shima dah anggap dia kawan. sebab dalam hidup shima apih je tahu macam mana nak uruskan shima yang teruk nie.* Adehhh teruk sangat ke shima nie???*smbil tersenyum sorang2. Hehehe. apih walaupun garang macam harimau tapi dia baik tau,cuma kadang2 shima je yang tak tahu hargai dia. shima marah & kata dia macam2. *air mata sebelah pipi kiri dan menitis,kenapa la aku emOsi sangat nie*. Probably i was menstruating

shima pernah mencuba untuk mencari orang lain sebagai pengganti tapi shima xleh dapat yang sebaik apih,rata2 yang shima jumpa semua nak shima ikut kepala dia dan kadang2 ada jugak yang nak kan duit tp yang paling terOOkkkk sangat yang kedekut macam kuda. No way! I need true Love k! Mohd Hapirudin Is Mine~~ngeeeeee~~ Dalam erti kata lain shima memang sayang kan apih. Hohohohoh. Love you hubby...

Thursday, January 20, 2011

Add Drop yang tiada ertI,Timetable hancusss!!!

X tahu dari mana nak mula.Masa nie betul2 tengah marah.Kenapa jadi macam nie?Adakah kami pelajar UUm tiada hak???Kalau kami tiada hak apa guna add drOp???Senang pihak u yang tentukan semua. Aku igat lagi masa nak Add drOp paper IFM,aku tengOk portal semua kelas full. Kebetulan kawan aku Zati pun memang nak amik paper sama dengan aku.sO aku janji dengan dia nanti balik untuk exam nie b4 tu p wat add drop dan sekaligus dapat kan kelulusan penyelaras program. Ok balik UUm dah la banjir. Tapi sebab fikir kan add drop n semangat nak belajar balik jugak. KeesOkan pagi tu sampai je terus coling balkis n zati set time untuk buat add drop manual. Hehehe.Macam hepi je kan. Pagi lagi aku dan zati pergi. Kul 7.30 pagi.Masa tue area DKG lengang giler. Yela semua org balik kampung kan. Alhamdulillah orang tak ramai aku tarik nafas lega. Alamak ofis lak lambat buka!!! we had to wait for 1 1/2 hoUr. But nevermind,as long as the add drop not completed me n zati will not give up. Ok ofis buka lam 8.30am. wah kerani kat c2 sempat lagi membebel macam2 nie hah! myb awal sangat kot kami serbu,tapi tak pe la. Hehehe. Ok amik borang add drop the terpaksa naik turun bukit plak nak p FPP jmpa penyelaras. Penyelaras kami Dr.azizi xder kat bilik! waduhhhh macam nak nangis lak,,,sobsobsob. BERUSAHA!!! pergi pejabat COB dapatkan No tefon lec kat pjabat COB, kol DR then dia cakap akan jumpa kami dalam kul 11 am. Ok tggu lagi tapi xpe. Sementara tu pergi makan. Kol balik Dr azizi untuk kali kedua. Ok saya ada kat bilik. Aku dan zati senyum.
lepas dapat tandatangan DRazizi aku blahhh p COB FTP plak dah la jauh kena naik turun bukit,tapi xpe la asam garam kehidupan seorang pelajar.Kelas yang full td kami pun dapat add jugak,Alhamdulillah. BERMAKNA kami boleh mulakan sem baru dengan aman dan x perlu dok kalut2 p cob nak wat add drop lagi.

Dalam post sebelum nie,aku ader bercerita serba sedikit kan sal kelas yang aku dah masuk. Macam hepi je. Tapi malam nie lepas balik jumpa pengetua,tengOk hs yg aku tinggal kat bilik ada 2 miskol dari zati aku kol balik. SEDIHHHH + MARAHHHH.Jadual yang kami dah susun cantik2 dah ditukar oleh pihak HEA. APA semua nie??? so apa guna add drop yang kami buat???kami penat2 naik turun jumpa penyelaras. Apakah kami student tiada hak? Kata zati alsannya kelas En.shamsul naim terlalu ramai. Adushhhhh. Parah macam nie!!! kelas IFM jadi group D kul 11 hari selasa. Syabas UUM. Memang Universiti terbaik!!! Tapi petang sebelum tue fatin dah balik dan bagitau kelas FAR3 untuk bebudak acct memang hilang terus tapi diorang lagi teruk terpaksa naik turun tanya penyelaras tanya pensyarah namun tiada penyelesain. Ok. Sedih dan aku menangis,,,Dalam hati cuba pujuk diri sendiri. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Berfikiran positif. Tabah dan sabar>